Arapaima Maniz

Arapaima adala ikan naga yg semakin pupus dan unik..golongan ikan yang sukar d jumpai di dunia ini..

Saturday 26 February 2011

Jom baca dan hafal al-Mulk!

Drpd Abi Hurairah r.a dr Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di dlm al-Quran ada 30 ayt mberi shafaat kpd pembacanya hingga diberi keampunan utknya iaitu surah Al-Mulk (Tabarakal-Lazi)"

Drpd Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya seorang lelaki yg sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun dr kitab Allah kecuali "Tabarakallazi"

Maka apabila dimasukkan ke dlm lubang kubur, dtglah kpdnya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu.

Sesungguhnya kamu drpd kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.

Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat drpdnya.

Maka diapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata, "Wahai Tuhanku, si fulan (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu.

Dan Allah SWT berfirman: "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah.". Allah SWT berfirman:"Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya."

Nabi SAW bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati. Maka surah itu dtg dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yg sentiasa membaca saya dan selamat dtg kepada dada yg sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat dtg kpd 2 kaki yg sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati dlm kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian".

Anas berkata:
"Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yg kecil mahupan yg besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yg menyelamatkan"
(HB. Ibnu Katsir)

Drpd Anas Ibnu Malik berkata:
" Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehinggakan memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu Tabarakallazi
(HR. Riwayat At-Tabarani)

Drpd Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu mendengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah SAW saya dirikan satu khemah atas 1 kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam." Nabi SAW bersabda itulah yg menahan yg menyelamatkan dia dari siksaan kubur.
(HR At-Tarmizi)

Drpd Jabir r.a : sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk.
(HR At-Tarmizi)

Dan Lais berkata drpd Thawun bahawa kelebihan 2 surah ini 70x lebih baik drpd tiap2 surah dlm al-Quran.

Drpd Ibnu Abbas r.a berkata: "Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu 1 hadis yg menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!"

Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yg belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yg mnyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah SWT menyelamatkan dia drpd api neraka dan pembacaannya juga selamat drpd siksaan kubur.

Dan Nabi SAW bersabda: "Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku"
(HR. Ibnu Katsir)

Diciplak dr buku AMALAN SURAH-SURAH PILIHAN (Hj Johari Hj Alias)


No comments:

Post a Comment