Arapaima Maniz

Arapaima adala ikan naga yg semakin pupus dan unik..golongan ikan yang sukar d jumpai di dunia ini..

Saturday 5 March 2011

Aku dan Hidupku (^_^) EpisOd 2

Assalamualaikum..da lme aku xupdate blog..(padahal baru 2 ari)..wahh xsampai seminggu de blog..suda dikenali ramai n de peminat..keh3..smlm penat keje..arini penat tdO..huhu..semalam ak de presentation Oceanography Geology..klu xphm mende sile google..tajuk yg ak dpt, Changes in spreading pattern and crustal abnormalities..aku cam bese la..menggoreng sesedap rasa..mse wat assignment jenoh nak paham..carik video lagi..cane spreading pattern bleh brubah..las2 aku yang berubah dari carik video n maklumat ke men game kat facebook..aku ske men yang cityville tu..wat2 pekan..

Las2..aku wat fakta senirik ah..ah3 (gelak jht gile)..cam xbese..aku blend la ngan fakta2 dlm buku nota  + tenet + gerak ati..huhu..presentation alhamdulillah..lecturer kte good padahal aku rase byk auta kOt..haha~ tu nmenye rejeki..Allah pemudahkan sme..alhamdulillah~ banyak gak aku kene tembak dek soklan2 dr bebudak ni..auta lg laa..haha..emm telebey gelak lak

Pas presen lega gile rasenye..ptg keje..kali ni de partner..dlm ati..syukur..xbsuh pggan sengsOrg..emm orgnye xbyk ckp..dari peribadinye aku taw die sorg yg bek (camner aku taw?? adela.).rajin bekeje..wahh aku bersyukur dpt kenal org camtu..bkn pe..wat iktibar kt dirik senirik nih..yang baik kte cedok kn? kn? Kali ni aku masuk keje diorg pasang lagu nased laa..bgus2 1st day aritu diorg pasang lagu sinar fm..aku dala anti sinar fm..xtahan lgu jiwang2 ni..nak migraine..chewahh..

hehe..ni nak eksen sket..punch card je pun..iklan2

Mlm tu ade something terrible belaku..apadia?? huhu..aku lepak2 kt kalel jap ngan cik maz, pn su and pn aini..mkn roti canai, minum2..pastu kan ade sorg *mamat ni tbe2 dok sbla..sembang pe nth ngan kami (dirahsiakan)..skali die tny kt kami..tandas mna?? kwn aku pun ckp..tandas hujung sna kot..emm aku plak ckp:: SNA SINKI LA TP BLEHJE KOT (dengan niat bergurau tp dalam kondisi tidak sedar)..dengan mke slamber pastu aku nampak mulut kwn2 aku telopong..emm aku de buat salah ke?? nape depe punye ekspresi ekstrem sgt?? di sini aku ingin buat pengakuan sejujur2nya bahwa aku tiada niat apepn..emm pastu..tanak cite la..haha..tu la pengajaran di sini..lain kali Anis..tlg sedar diri..aishh..
*mamat tu adala org penting USM sidang lepas shj..hehe

Arini (4 mac) stat EKSPEN (Ekspo Kerjaya dan Pendidikan)..aku g la kacau2 budak ekspen ni..pastu de bdk blanje aiskrim..huhu mekaseh! jejalan kt karnival saujana..ish3 bape gelen da aku minum air..wahh aku xsangka aku begitu feymes..buktinye?? aku baru beli jam arini..adela bebrape org tegor..aikk camner diorg leh detek..haaa..aku rase cam slebriti la..hahaha..(korang menyampah gle kn denga ayt ni..haha) tapi nak wat camner da kenyataan (ayat prOf izzy)  jgn lpe pegi ekspen ni..de open interbiu kampeni2 besa..kt DUP serentak ngan karnival saujana kt padang palap. kOrang bleh gak register JOBSTREET (agensi mencarik keje) kt sni..

okla aku pun de keje sket ni! k salam..


Wednesday 2 March 2011

Pertumpahan darah di Libya (oleh Ustaz Halim, http://inijalanku.wordpress.com/)

Revolusi 17 Februari: Rakyat menguasai bandar Tobruk, timur Libya … mungkin buat sementara.
Kali pertama saya berinteraksi dengan orang Libya ialah ketika saya menuntut di Australia (1983-1988). Diantara mereka ada yang menghabiskan Ph.D dibidang kejuruteraan.  Sebelu salah seorang dari mereka tamat dan hendak pulang ke Libya, ibu bapanya datang dari Libya untuk menasihatinya akan keselamatan dirinya nanti apabila pulang ke Libya kerana kezaliman Ghadafi tidak ada batasnya. Di antara mereka ada yang menceritakan bagaimana regim Ghadafi menggantung mati seorang mahasiswa di tengah-tengah universiti dihadapan semua mahasiswa, sedang televisyen menyiarkannya secara langsung kepada seluruh rakyat jelata. Sebelum menggantungnya, wanita yang ditugaskan itu melaungkan nama “Ghadafi ..Ghadafi ..Ghadafi”. Apabila saya berkunjung ke Republik Ireland pada tahun-tahun 1990an, saya bertemu dengan ramai pelarian Libya yang menetap di sana. Kebanyakan mereka dari golongan professional. Walaupun agak selamat kerana telah berada di negara Barat, namun mereka masih berhati-hati kerana Ghadafi sering menghantar pasukan khas ke negara-negara luar untuk membunuh mereka yang tidak sehaluan dengannya.
Semalam, Ghadafi mengumumkan dia tidak akan keluar dari Libya dan akan menghapuskan Rakyatnya yang menentang hingga ke titisan darahnya yang terakhir. Ini adalah pengumuman Perang Saudara yang bakal menyaksikan korban yang dahsyat.
“Anak ayah”, kata orang Melayu. Anak harapan Ghadafi bernama Saiful Islam Ghadafi. Dia sedang disediakan oleh Ghadafi untuk menjadi Presiden Libya selepas beliau, sama seperti Mubarak menyediakan Jamal Mubarak, dan Ali Abdullah Saleh (Yaman) menyediakan anaknya juga. Jamal Mubarak cabut lari ke London di hari-hari pertama Revolusi 25 Januari meletus. Presiden Ali Abdullah Saleh telah mengumumkan anaknya tidak akan menjadi presiden selepas beliau. Kesemua mereka cuba mengikut langkah Hafiz Al-Asad (Syria) menyediakan anak sulungnya Baasil Al-Asad (tak sempat kerana mati kemalangan jalanraya) dan Basyar Al-Asad (kini Presiden Syria) menjadi presiden menggantikan si ayah. Sejak beberapa tahun lalu, Saiful Islam sering menyebut tentang “perbaikan”, “perdamaian” (Musolahah) dalam negara seolah-olah berbeza dengan ayahnya yang diktator. Juga beliau mengajak rakyat Libya yang lari ke Negara-negara Barat agar kembali ke Libya bagi membina Libya Baru. Pernah saya sendiri mendengar ucapannya di televisyen. Kerana tertanya mungkin mungkin diambil tindakan oleh ayahnya kerana menyebut tentang “Kebebasan”, “Perdamaian” dan sebagainya, lantas saya bertanya kepada seorang Arab. Dia menjawab, “Huwa mislu abuhu (Dia macam ayahnya)”. Kini, sejak meletus Revolusi Libya 17 Februari, di ayah dan si anak mengarahkan serangan ke atas akyat dari arah darat dan udara menggunakan jet-jet pejuang.
Dua jet pejuang Libya mendarat di Malta, kerana lari dari tugas yang diarahkan oleh Ghadafi. Kedua-dua pilot tersebut diarahkan agar mengebom Rakyat dari arah udara dengan menggunakan jet-jet pejuang. Dalam sejarah manusia, hanya ada dua pemerintah sahaja yang mengebom rakyatnya sendiri dengan jet pejuang, iaitu Ghadafi dan Hafiz Al-Asad, Syria yang mematahkan kebangkitan di bandar Hama, Syria pada tahun 1982, ketika saya di antara tingkatan 5 dan sedang bersiap untuk menyambung pelajaran ke Australia. Puluhan ribu rakyat Hama terkorban, ribuan muslimah Hama di penjara, diperkosa dan melahirkan anak-anak didalam penjara, sehingga mereka menulis surat kepada Mufti Syria meminta fatwa membenarkan mereka membunuh diri di dalam penjara. Kisah yang masih segar dalam ingatan saya hingga ke hari ini, dan menjadi penguat untuk saya belajar di negara Arab apabila tamat pengajian di Australia.

Bilangan mereka yang syahid di Libya ketika posting ini ditulis (Rabu 23 Februari 2011)  ialah seramai 958, manakala yang cedera melebihi 6000 orang, suatu angka yang menyayat hati bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk hanya 6 juta orang, berbanding bilangan syahid di Mesir seramai 300 orang bagi bilangan penduduk seramai 80 juta orang. Pengumuman Ghadafi semalam mengajak rakyat yang masih setia dengannya agar keluar melawan rakyat yang menentangnya adalah satu pengumuman perang saudara yang bakal menyaksikan bilangan yang akan terbunuh dan cedera akan meningkat dengan mendadak. Ini perang saudara di dalam bandar ibu negara Libya, Tripoli yang menjadi kubu kuat Ghadafi sejak dahulu.

Adapun bahagian timur negara Libya, berpusat di bandar kedua terbesar iaitu bandar Benghazi, kesemua kawasan negara tersebut telah jatuh ketangan Rakyat yang menentang Ghadafi. Pihak polis di sana telah samada turut menyertai Rakyat menentang Ghadafi atau telah cabut lari ke Tripoli di barat Libya. Senjata milik polis telah dibahagi-bahagikan kepada Rakyat untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Batalion ke 7 dan ke 8 tentera Libya telah mengisytihar menyertai Rakyat dalam menentang Ghadafi, termasuk pemimpin tentera tersebut, Abdul Fattah Yunus, sahabat karib Ghadafi yang bersamanya menjayakan Revolusi 1969 menggulingkan Sistem Beraja Idris. Abdul Fattah adalah Menteri Dalam Negeri, Ketua Briged Komando Thunderbolt mengumumkan di bandar Benghazi bahawa beliau menyertai Rakyat dan mengajak semua angkatan tentera menyertai beliau mengambil keputusan yang sama.

Ramai orang kanan Ghadafi telah menyertai Rakyat, dan pembunuhan dan kebangkitan yang sedang berlaku didepan mata Rakyat akan terus menyentuh hat-hati mereka yang sedar terutama golongan penting dalam negara bahawa mereka mesti membuat keputusan segera samada terus bersama diktator Ghadafi menekan rakyat atau bersama Rakyat mengejar Kebebasan dan Keagungan dengan mengambil sebarang risiko terhadap nyawa mereka. Ini bermakna Ghadafi berhadapan dengan masa, seperti mana Mubarak, Mesir dan Zainal Abidin, Tunis yang mengambil keputusan menyelamatkan diri mereka sebelum terlambat.
Satu kelainan Ghadafi berbanding dengan Mubarak dan Zainal Abidin ialah beliau memiliki pasukan keselamatan Istana terdiri dari komando rakyat Afrika bukan warganegara Libya. Ini dilaksanakan di beberapa negara. Pada saya ini menunjukkan beberapa perkara :
  1. Seseorang pemimpin itu tidak menaruh kepercayaan yang tinggi kepada rakyatnya sendiri untuk melindunginya, lalu bertindak menggunakan tentera elit dari rakyat asing untuk keselamatan dirinya.
  2. Tentera elit seperti ini pula tidak mempunyai perasaan belas yang tinggi kepada rakyat sesebuah negara dan boleh melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh majikan mereka. Ini telah pun berlaku di Libya sejak beberapa hari lalu, dan masing berlaku dan akan semakin memuncak. Pasukan elit ini meronda keliling perumahan dan menembak apa sahaja objek yang bergerak termasuk ambulan. Dilapurkan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun dan seorang wanita juga ditempat berasingan ditembak mati oleh Pasukan Elit berkenaan. Kedua-dua mangsa ditembak mati ketika hanya berada dibalkoni rumah mereka, dan bukan di tempat demo.
Bandar Benghazi, tenang sementara setelah berada di bawah penguasaan Rakyat. Nasib Benghazi ditentukan oleh menag atau tidaknya Rakyat melawan Ghadafi di Tripoli. Jika Ghadafi berjaya mematahkan kebangkitan Rakyat di Tripoli, bandar Benghazi akan akan berubah menjadi lautan darah akibat Perang Saudara terbaru Abad 21.

Ini bermakna jika Ghadafi terus bersikap memerangi Rakyatnya yang bangkit :
  1. Perang saudara akan meletus di bandar Tripoli diantara Pasukan Elitnya yang lengkap bersenjata dengan Rakyat yang tidak bersenjata. Ini berbeza dengan Revolusi 25 Januari di Mesir dimana sifat rakyat Mesir termasuk tenteranya adalah mesra dan berjenaka sesama mereka.
  2. Jika Rakyat menang di Tripoli, Ghadafi akan diadili sekeras-kerasnya kerana telah menyebabkan kematian 958 orang yang lalu dan ratusan atau ribuan yang akan datang.
  3. Jika Ghadafi menang di Tripoli, beliau akan menggerakkan tenteranya ke arah timur dan akan meletus perang saudara di antara Libya Barat berpusat di Tripoli melawan Libya Timur yang berpusat di Benghazi. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Yang akan hancur dan terkorban ialah ribuan nyawa umat Islam Libya yang kita kasihi.
<Baca Fatwa Pengerusi Ulamak Islam Se Dunia, Dr Yusof Al-Qardhawy tentang halal bunuh Ghadafi kerana membunuh rakyatnya beramai-ramai dengan menggunakan jet-jet pejuang dan komando-komando bukan warga Libya yang tidak ada rasa belas kasihan terhadap rakyat>.
Moga Allah swt memenangkan Kebebasan dan Keadilan serta mengagungkan SyariatNya dimuka bumi ini. Ameen.
“Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid). Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab disisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya kami (juga) menunggu bersama-sama kamu” (Surah At-Taubah ; 52).

Tuesday 1 March 2011

Aku dan hidupku (^_^)

'
Huhu harini dengan rasminya aku mengiktiraf diri aku pekerja Anjung Semarak USM. Sbg ape? Korang rase ape?? Jawatan aku sangat penting!!..(up sket)..cuci pinggan ngeh3 eh slap2..bukan pinggan je..cawan yang pelbagai 'body shape' dan juga bende2 len.. Aku keje hari Isnin, Selasa, dan Khamis. Tujuan aku bagitaw engkorang ni bukannyer ape..ble hari aku bekerja tu tolonglah makan dengan licin licau..takpun rajin2 la basuh pinggan n cawan sendiri..hehehe..Gaji?? bleh tahan gakla..Alhamdulillah RM4 sejam. Yang paling best sini kan..makan disediakan..wOhOoo!! makan nasi ayam beb. Minum, skati korang la..nak milo ke bandung ke (antara peberet aku)..(klu coach aku denga ni abesla..dushh) Dala bebudak ni masak sedap. hehe..haa kembang2 da nak meletus tu..Alhamdulillah 1 st day yang ok. Kawan2 baru pun ok..ramainya bdk giat mara. Muda2 lagi. Aku pun muda gak..da masuk geng diorang.. Haa..dengan pekerjaan yang ada nih blehla topup2 sket blanje hangus..hehe..Besala mula2 keje, lenguh pinggang sket2..yela..keje berdiri kan.. pastu pinggan die lak ntah bpe kg..emm tapi bes, sbb dpt pengalaman..lagipun aku mmg ske basuh2 pinggan ni.. (haa..mulala 2 da yang nk target aku cuci pinggan kenduri depa..chett)..

Azam-azam aku

- jadik sorang yg solehah..ehem2 adela..carenye..korang pn tlgla bimbing skali..
- kumpul duet bebanyak..bkn tok glemer..tp tok simpanan mase depan..chewah..aku nak carik duet senirik!
- jadik pelaja yang rajin, bedisiplin dan cemerlang (aku taw de yang amek baldi ni nak muntah..ataupun de yang kate sudah terlambat untuk bertaubat)
- sambung master dalam applied geophysics..kt usm jela..da nak apply pn..ak anta referee's tutt da pn..
- sambung PhD dalam geophysics gak..kat universiti idaman aku (ni xpasti lagi..hehe)

jeng3..



haa..university of minnesota..ktne ni??kt alor setar je,,hehe kt US la.. huhu..insyaALLAH klu de rezki..

- pas blaja..keje..insyaAllah..mne2 pn bleh..aku pernah gak becita-cita jadi pensyarah fizik kt kolej matrikulasi perak..keh3.. haa gelak2..aku tawla..keje oil and gas?? ntahla..mcm xbrape minat je..aku suka..tapi aku pandang sebelah mata ja..hehe..keje kampeni ni mcm xde life je..jangan lpe kte diciptakan untuk ape? huhu aku anak sulong..emm adik bradik pon secotet aje..mak ayah aku sape nak tgk klu ak keje kampeni yang bz 25 jam..mungkin pas master apply keje jap..pastu klu de rezki..keje jap..kumpol2 duet sbb target aku ni haa..sblom umo 30..kOrang rse mende?? kawen?? kah3 kawen tu on de way laa..klu de jodoh..
'

hehe insyaAllah nak ke sini..ngan mak ayah aku..wOhOo!! banyaknye cite2..

Agak2 korang mse aku keje nnt part-time bisnes aku ape?? haa


bisnes lembu dan kamben..ni aku nak wat kat kg aku..kt hutan melintang...bisnes ni aku nak wat sampai tua..sampai la ke anak cucu cicit..huhu..insyaAllah..smoga semuanya mendapat keberkatan..


kete idaman..myvi je..tapi mesti mau kale ni..xmau kale len..


suami idaman..ngeh3..haha..klu jodoh xke mana..haha agak2 korang sape ni..huhu

insyaAllah sme ni aku akan usehe2!! chayak!! kawan2, sdare mare..doakanla ye..doa anda memberi aku semangat hidup d dunia ni..huhu..